Sila log masuk terlebih dahulu.

Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumi di Pokok Sena

A
A
A

BERITA SEMASA 25 MEI 2024

Jenazah anggota MALBATT 850-11 bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah, mukim Tualang, Pokok Sena, pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan Wan Mohd Hafiz Wan Mansor.

Allahyarham Faridah,39, tiba di tanah perkuburan itu pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga,sanak-saudara,kenalan serta penduduk tempatan, sanak-saudara turut memberi penghormatan terakhir kepada Faridah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666617/berita/semasa/jenazah-sarjan-faridah-selamat-dikebumikan-di-pokok-sena

Muzik: Veance D-Closer to the Sun dari www.bensound.com