Polis buru 2 suspek samun berparang

Tangkap layar video menunjukkan suspek mengacukan parang kepada seorang individu dalam kejadian yang berlaku di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong, di sini pada Rabu.
Tangkap layar video menunjukkan suspek mengacukan parang kepada seorang individu dalam kejadian yang berlaku di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong, di sini pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Polis Ipoh sedang giat memburu suspek kes samun sebuah rumah di Jalan Coldstream Buntong, Kampung Baru Buntong, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan daripada seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai peniaga kira-kira jam 4.13 pagi pada Rabu.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang dibuat, kejadian tersebut berlaku pada 22 Mei 2024 sekitar jam 2.55 pagi.

Abang Zainal Abidin
Abang Zainal Abidin

"Suspek menggunakan kereta jenis Nissan Almera berwarna putih dengan bersenjatakan parang telah mengejar mangsa dan menarik rantai leher emas mangsa. Anggaran kerugian dihadapi mangsa sebanyak RM15,000.

"Pihak polis telah menjumpai sebuah kereta digunakan suspek yang ditinggalkan di sebuah lorong jalan di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Abang Zainal Abidin berkata, siasatan polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua suspek lelaki memakai topi dan pelitup muka berwarna hitam ketika melakukan jenayah berkenaan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis sedang giat menjalankan operasi dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri serta harta benda agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyeru orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan.

Katanya, mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222491 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu video mengenai kejadian tersebut tular di media sosial menunjukkan suspek memegang parang memasuki sebuah rumah sebelum beredar menaiki kenderaan berwarna putih.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!