Sila log masuk terlebih dahulu.

Insiden keganasan, serangan tiada kaitan - Saifuddin

A
A
A

BERITA SEMASA 23 MEI 2024

Beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang berkaitan ancaman yang diterima ahli Parlimen baru-baru ini tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Jelasnya, kes dua lelaki ditahan di Istana Negara, dia bermimpi yang memerintahkan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Balai Polis Dato’ Keramat di Pulau Pinang pula, suspek merupakan individu mabuk manakala kes di Ulu Tiram suspek bertindak yang diistilahkan sebagai ‘Lone Wolf,” katanya.

Ia merujuk kepada kepada insiden serangan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi 17 Mei lepas yang menyaksikan dua konstable polis dan seorang suspek maut, serta penahanan dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari yang sama, dengan sebilah parang ditemukan dalam kenderaan mereka.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666291/berita/semasa/insiden-keganasan-serangan-tiada-kaitan---saifuddin

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #KDN #KesKeganasan #Jenayah