Sindiket edar ganja rempuh kereta polis

Hussein (tiga dari kanan) menunjukkan bungkusan disyaki berisi syabu yang dirampas susulan penahanan tiga beranak di sekitar Petaling Jaya, 15 Mei lalu.
Hussein (tiga dari kanan) menunjukkan bungkusan disyaki berisi syabu yang dirampas susulan penahanan tiga beranak di sekitar Petaling Jaya, 15 Mei lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sindiket edar dadah bertindak agresif apabila merempuh kereta polis ketika cuba ditahan dalam operasi di Sungai Way, Petaling Jaya, 15 Mei lalu.

Bagaimanapun, cubaan dua lelaki tempatan itu untuk melarikan diri gagal selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melepaskan dua tembakan yang mengenai tayar pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan polis kira-kira jam 2.30 pagi dalam kenderaan suspek menemui 22 kilogram (kg) ganja.

Menurutnya, soal siasat telah membawa tangkapan seorang lagi suspek lelaki kira-kira jam 10 malam pada keesokan harinya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Hussein (tiga dari kanan) melihat ganja yang dirampas dalam serbuan di Sungai Way, Petaling Jaya dan Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Mei lalu.
Hussein (tiga dari kanan) melihat ganja yang dirampas dalam serbuan di Sungai Way, Petaling Jaya dan Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Mei lalu.

"Susulan itu, dengan dipandu arah suspek, sebuah unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam telah diserbu dan berjaya menemui 21.8 kg ganja yang disorokkan dalam kotak dan tong di ruangan tamu.

"Polis percaya ganja bernilai RM135,966 ini untuk pasaran di sekitar Lembah Klang," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.

Dalam kes berlainan, tiga beranak yang terlibat dengan sindiket pengedaran syabu diberkas di tempat letak kenderaan di Petaling Jaya, kira-kira jam 3.10 petang, 15 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Kata Hussein, suspek iaitu suami isteri dan anak lelakinya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Selangor dengan rampasan syabu seberat 10.38 kg yang dipegang oleh salah seorang suspek.

Polis Selangor berjaya merampas dadah dalam serbuan berasingan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Mei lalu.
Polis Selangor berjaya merampas dadah dalam serbuan berasingan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Mei lalu.

"Susulan itu, pada hari yang sama kira-kira jam 4 petang, di lokasi sama, seorang lagi suspek lelaki ditahan dengan rampasan satu bungkusan syabu seberat 1 kg yang dijumpai dalam bonet keretanya," ujarnya.

Tambah beliau, nilai syabu dianggarkan RM364,800 dipercayai untuk pasaran Lembah Klang.

"Dua daripada suspek ini didapati memiliki rekod jenayah dan dadah.

"Kesemua suspek berusia 21 hingga 44 tahun ini telah direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!