Kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion

Kekayaan McCartney dan isterinya, Nancy Shevell bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Kekayaan McCartney dan isterinya, Nancy Shevell bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
A
A
A

NEW YORK - Seniman tersohor dunia, Paul McCartney buat kali pertama disenaraikan sebagai pemuzik bilionair pertama United Kingdom dalam edisi Senarai Kekayaan 2024 yang diterbitkan pada Jumaat, lapor Sunday Times.

Menurut laporan tersebut, kekayaan pengasas band legenda Beatles berusia 81 tahun itu dan isterinya, Nancy Shevell bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.

Akhbar itu mengaitkan pencapaian terbesar itu berkait rapat dengan umur panjang McCartney selain memiliki tarikan dengan peminat merentasi generasi.

McCartney telah mengeluarkan beberapa karya sejak setahun lalu termasuk pada November lalu, The Beatles menerbitkan single yang popular, "Now and Then" yang diuar-uarkan sebagai lagu terakhir kumpulan itu.

Menggabungkan vokal John Lennon daripada rakaman demo 1977, petikan gitar George Harrison serta McCartney dan Ringo Starr yang dirakam baru-baru ini, "Now and Then" berada di senarai ke-7 carta Billboard Hot 100.

Nilai bersih kekayaan McCartney semakin meningkat sejak enam tahun lalu, menurut data dari Times, meningkat daripada kira-kira 750 juta pound (RM4.5 bilion) pada 2018.

Pada bulan Jun, album studio langsung 'One Hand Clapping' akan dikeluarkan buat kali pertama sejak ia pada mulanya dirakam pada 1974.

McCartney selama ini sering dikenali sebagai artis yang tidak terlalu mementingkan wang, namun, penerbitan album baharunya dijangka memberikan nilai bersih bintang rock itu satu lagi rangsangan. - CNN

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!