'Jangan biar JDT buli Negeri Sembilan'

Negeri Sembilan singkap tirai Liga Super 2024/25 berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu. Foto Negeri Sembilan Football Club
Negeri Sembilan singkap tirai Liga Super 2024/25 berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu. Foto Negeri Sembilan Football Club
A
A
A

"JANGAN biar JDT buli Negeri Sembilan..."

Itu peringatan ringkas pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Ab Aziz kepada pemain skuad Rusa yang menyingkap tirai Liga Super 2024/25 berdepan penyandang juara Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Sabtu.

Menyifatkan berdepan Harimau Selatan pada aksi awal pembuka gelanggang liga satu penghormatan buat skuad Hoben Jang Hoben, Azzmi turut menegaskan, aksi sebelah petang di laman keramat juara 10 kali berturut-turut liga itu juga peluang untuk beliau melihat keberhasilan persiapan rapi dilakukan pasukan pelawat sebelum ini.

"Alhamdulillah, fizikal dan mental serta motivasi pemain Negeri Sembilan berada pada tahap terbaik berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, selain syukur pemain-pemain bebas kecederaan.

"JDT seperti semua maklum pasukan yang sangat bagus dan terbaik liga, jadi untuk berdepan pasukan berkualiti seperti JDT, kami perlu persiapkan pasukan dengan 'treatment' lebih teliti dan fokus sepanjang permainan.

"Paling penting Negeri Sembilan hadir ke Stadium Sultan Ibrahim dengan strategi pasukan berdasarkan kekuatan dan kemampuan sendiri, saya serta barisan kejurulatihan harap pemain-pemain diturunkan dapat 'execute' sebaik mungkin.

"Harapan saya juga pemain-pemain Negeri Sembilan dapat 'settle down' segera semasa perlawanan bagi memastikan setiap inci ruang untuk JDT membuli kita ditutup rapat lebih awal, jadi adalah penting pemain-pemain lebih fokus dan berdisiplin," katanya yang dilantik mengemudi Negeri Sembilan pada Mac lalu kepada Sukan Sinar.

Mengenai undian Piala FA 2024/25 yang menyaksikan Negeri Sembilan akan bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya berdepan Selangor FC pada pusingan 16 Azzmi berkata: "Selangor antara pasukan serba serbi lengkap musim ini, dan saya percaya satu lagi cabaran buat Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

"Apapun tumpuan Negeri Sembilan kini adalah JDT sebelum berdepan Selangor di Petaling Jaya pada perlawanan kedua selepas ini."

Info:

Rekod saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 Negeri Sembilan menentang JDT.

LIGA SUPER

6 Mac

Negeri Sembilan 0-7 JDT

LIGA SUPER

8 Julai

JDT 2-0 Negeri Sembilan

PIALA MALAYSIA

3 September

Suku Akhir Pertama

Negeri Sembilan 0-3 JDT

PIALA MALAYSIA

23 September

Suku Akhir Kedua

JDT 4-1 Negeri Sembilan

LIGA SUPER 2024/25

SABTU (18 MEI)

Johor Darul Ta’zim lwn Negeri Sembilan FC

(Stdm Sultan Ibrahim, 5 petang)

Selangor FC lwn Kedah Darul Aman FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8.15 malam)

Perak FC lwn PDRM FC

(Stdm Perak, 9 malam)

AHAD (19 MEI)

Kuching City FC lwn Sri Pahang FC

(Stdm Negeri, 4.45 petang)

Penang FC lwn Terengganu FC

(Stdm Bandaraya, 8.15 malam)

* Tarikh, venue, masa tertakhluk kepada perubahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL)