Kemaraan Jun Hao di Thailand disekat juara dunia

Jun Hao
Jun Hao
A
A
A

CABARAN pemain badminton perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dalam Terbuka Thailand Super 500 terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada juara dunia edisi Copenghagen dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada Khamis.

Jun Hao yang merupakan pemain ke-37 dunia bermula garang apabila menang set pertama 22-20 setelah bangkit dari ketinggalan 9-16

Bagaimanapun set kedua, Kunlavut yang berstatus nombor lapan dunia beraksi dengan sokongan penyokong Gajah Perang di Stadium Nimibutr, Bangkok kembali garang apabila menang 21-14.

Set ketiga kedua-dua pemain tampil lebih agresif apabila saling bertukar mata yang akhirnya menyaksikan Jun Hao tewas pengalaman milik Kunlavut apabila tewas 21-23 dalam masa 92 minit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!