Sila log masuk terlebih dahulu.

Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata

A
A
A

BERITA SEMASA 9 MEI 2024

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis memutuskan bahawa perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan.

Pembatalan tersebut selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan tersebut bagi menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

MFL menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL.

Jelasnya, penarikan diri Selangor FC sekali gus menyaksikan JDT bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663824/berita/sukan/selangor-fc-tarik-diri-jdt-dapat-tiga-mata

Muzik: Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Selangor #FaisalHalim #SultanSelangor #SelangorFC #MFL #PialaSumbangsih