Sila log masuk terlebih dahulu.

Surat kepada 7 wakil rakyat Bersatu dihantar minggu depan

A
A
A

BERITA SEMASA 9 MEI 2024

Surat berkaitan status keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor akan dihantar kepada mereka minggu depan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, notis tersebut akan dihantar serentak kepada semua wakil rakyat terlibat sejurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu selesai.

Ketua Pembangkang itu turut menegaskan, kepimpinan parti jelas dengan keputusan untuk menghentikan keahlian Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang menjadi antara wakil rakyat terawal menyokong pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663753/berita/politik/surat-kepada-7-wakil-rakyat-bersatu-dihantar-minggu-depan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com