Sila log masuk terlebih dahulu.

Bayi maut: Dua pengasuh mengaku tidak bersalah

A
A
A

BERITA SEMASA 7 MEI 2024

Pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada bayi perempuan berusia sembilan bulan yang meninggal dunia dipercayai akibat kecuaian mereka bulan lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Lim Zhen Jie, 31 dan isterinya, Vivian Lau, 28 membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rashidah Roslee setelah pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Jun 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan perubatan dan bedah siasat.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com