Sila log masuk terlebih dahulu.

Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron

A
A
A

BERITA SEMASA 7 MEI 2024

Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di Kelantan berada pada tahap terbaik, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Timbalan Komandernya, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, rondaan mengggunakan kereta perisai jenis Commando V150 itu susulan insiden letupan yang berlaku di Selatan Thailand pada 29 April lalu.

Jelasnya, rondaan tersebut masih berterusan sehingga hari ini bermula dari Pos Ular di Pengkalan Kubor (Tumpat) sehingga ke Pos Ibrahim Pencen, Rantau Panjang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663326/berita/semasa/sungai-golok-dikawal-kereta-perisai-dron

Muzik: Bensound Epic