Cressida Bonas kecewa asyik dikait dengan Putera Harry

Bonas mendedahkan kepada orang ramai apabila dirinya kecewa sentiasa dikaitkan dengan bekas kekasihnya, Putera Harry ketika sedang berusaha dan fokus dalam kerjayanya.
Bonas mendedahkan kepada orang ramai apabila dirinya kecewa sentiasa dikaitkan dengan bekas kekasihnya, Putera Harry ketika sedang berusaha dan fokus dalam kerjayanya.
A
A
A

UNITED KINGOM – Pelakon dan model terkenal, Cressida Bonas kecewa apabila dirinya sentiasa dikaitkan dengan bekas kekasihnya, Putera Harry.

Harry dan Bonas, 30, pertama kali diperkenalkan oleh Puteri Eugenie pada tahun 2012 dan mereka menjalinkan hubungan selama dua tahun, namun bintang drama White House itu menyatakan kecewa kerana sentiasa ditanya mengenai hubungannya dengan Putera Harry sedangkan mereka berdua sudah berpisah sejak enam tahun lalu, Lapor Evening Standard yang memetik sumber.

Bonas kini sudah pun menemui cinta baru dengan menjalinkan hubungan dengan seorang agen hartanah, Harry Wentworth-Stanley.

“Saya cuba buat kerja saya tetapi ada orang masih mahu bercakap mengenainya (hubungan bersama Putera Harry). Saya bekerja keras dan suka apa yang saya buat tetapi saya hadapi ini (dikaitkan dengan Putera Harry) pula,” katanya.

Dalam pada itu, Bonas enggan mengulas lanjut berkaitan Meghan dan pengawasan pihak media terhadap dirinya.

“Saya tidak akan menjawab tentang itu kerana ia akan menjadi tajuk utama selain menimbulkan rasa tidak hormat. Ia sudah begitu lama tetapi apabila ia timbul, saya jadi pelik kerana saya sekarang berada di tempat yang berbeza," katanya.

Artikel Berkaitan: