Sila log masuk terlebih dahulu.

Atlet Ski Jepun 'terbang' 291m sebelum mendarat

06 Mei 2024 | SocMed Flash
A
A
A
Atlet Olimpik Jepun, Ryoyu Kobayashi mengejutkan peminat sukan ski global apabila berjaya memecahkan rekod dunia untuk lompat ski terpanjang dengan catatan sejauh 291 meter di Akureyri, Iceland baru-baru ini.

Pemenang pingat emas dan perak individu pada Sukan Olimpik 2022 berkenaan difahamkan memecahkan rekod dunia lompat ski sebanyak 37.5 meter yang dipegang oleh Stefan Kraft dari Austria yang mencapai 253.5 meter pada 2017.

Muzik: edrecords-breakingthewalls dari bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #RyoyuKobayashi #AtletSki #Jepun