SPAN kawal selia industri perkhidmatan air, amal sifar rasuah

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengawal selia industri perkhidmatan air negara melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan mengamalkan ‘Toleransi Sifar’ terhadap amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengawal selia industri perkhidmatan air negara melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan mengamalkan ‘Toleransi Sifar’ terhadap amalan rasuah serta salah guna kuasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengawal selia industri perkhidmatan air negara melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan mengamalkan ‘Toleransi Sifar’ terhadap amalan rasuah serta salah guna kuasa.

SPAN berkata, ia merujuk kepada kes yang melibatkan penahanan beberapa pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat industri terbabit di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 baru-baru ini.

“Kita memandang serius ke atas sebarang isu melibatkan tata kelola, rasuah atau salah laku yang menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan ini.

“SPAN akan sentiasa komited dalam melaksanakan urusan kawal selianya dengan adil dan telus berdasarkan peruntukan Akta 655, standard integriti dan amalan etika terbaik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan, SPRM Johor menahan dua orang pegawai atasan di sebuah syarikat pembekalan air di negeri ini atas kesalahan menerima rasuah.

Difahamkan, siasatan bertindak atas beberapa aduan sekitar tahun 2023, di mana kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor.

Mengulas lanjut, SPAN akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau organisasi yang disyaki melakukan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 655.

Pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam usaha bagi memastikan industri berkenaan bebas daripada sebarang unsur rasuah atau salah guna kuasa.

Artikel Berkaitan:

“Kami ingin menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab lembaga pengarah dan pengurusan atasan syarikat perkhidmatan bekalan air untuk memastikan organisasi mengamalkan tahap integriti serta etika tertinggi.

“Kawalan dalaman terbaik yang ditetapkan di dalam syarat khas lesen yang mengkehendaki pematuhan kepada Rangka Kerja Integriti dan Anti Rasuah, jadi organisasi perlu mematuhi segala akta dan peraturan berkaitan,” tambahnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!