Extra Joss taja penyiaran rasmi Liga M 2024/25 di Astro

Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong (dua dari kanan) dan Oktavianus (dua dari kiri) bergambar bersama pada Majlis Pelancaran Musim Baharu Astro X Liga Malaysia di sebuah hotel di sini pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN/ HALIM ABDUL WAHID
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong (dua dari kanan) dan Oktavianus (dua dari kiri) bergambar bersama pada Majlis Pelancaran Musim Baharu Astro X Liga Malaysia di sebuah hotel di sini pada Khamis. - FOTO: SINAR HARIAN/ HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PENGELUAR minuman bertenaga, Extra Joss menaja penyiaran rasmi Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) di Astro sepanjang tempoh 2024/25.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus berkata, pihaknya sangat berkomitmen untuk meningkatkan komuniti bola sepak global dengan fokus khusus kepada Malaysia.

Oktavianus. - FOTO: SINAR HARIAN/ HALIM ABDUL WAHID
Oktavianus. - FOTO: SINAR HARIAN/ HALIM ABDUL WAHID

"Di peringkat tempatan, kami dengan bangga menjadi penaja siaran rasmi Malaysia dan turut menyokong beberapa kelab bola sepak untuk memupuk bakat dan melibatkan peminat melalui acara dan inisiatif yang mendebarkan.

"Bola sepak ialah sukan yang merangkumi keghairahan, dedikasi dan ketabahan. Nilai itu juga sangat bergema dengan jenama kami," katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Pelancaran Musim Baru Astro X Liga Malaysia di sini.

Menurutnya, di peringkat antarabangsa, Extra Joss ingin menjalinkan perkongsian strategik dengan liga dan kelab bola sepak utama untuk meningkatkan keterlihatan jenama global mereka dan berhubung dengan peminat di seluruh dunia.

Katanya, penjajaran dengan penajaan tersebut ia dapat membentuk nilai-nilai semangat dan ketekunan yang dikongsi antara sukan dan jenama itu sendiri.

"Kerjasama dengan Astro ini menjanjikan pendedahan jenama yang meluas semasa siaran perlawanan dan rancangan separuh masa, ditambah pula dengan kempen interaktif untuk memperdalamkan penglibatan dengan peminat merentas platform media sosial," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Sukan di Astro, Nicholas John berkata, pihaknya sangat teruja kerana Extra Joss menjadi penaja siaran rasmi Liga M untuk musim ini.

Jelasnya, Astro semakin giat menjalankan kerjasama strategik untuk merebut pelbagai peluang yang ada dalam meningkatkan pengalaman pelanggannya menonton Liga M.

"Kami juga amat gembira kerana Extra Joss menyediakan penglibatan yang menarik dengan peminat sebagai sebahagian daripada penajaan ini.

"Dengan penglibatan Extra Joss ini, kami yakin musim ini akan menjadi satu yang hebat dan sudah pasti menantikan kerjasama masa depan yang akan memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh pelanggan Astro," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!