Anwar beri masa dua bulan noktah kemiskinan tegar di Kelantan

Anwar berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di RTC Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu pada Khamis. Foto Bernama
Anwar berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di RTC Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua bulan kepada agensi kerajaan pusat dan negeri untuk menoktahkan miskin tegar di Kelantan.

Beliau berkata, ketika ini terdapat kira-kira 1,000 orang yang tergolong dalam kumpulan miskin tegar.

"Kita mahu keluarkan kumpulan ini daripada miskin tegar kepada miskin," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di sini, pada Khamis.

Anwar (kanan) membincangkan sesuatu bersama Mohd Nassuruddin pada
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di RTC Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu, pada Khamis.
Anwar (kanan) membincangkan sesuatu bersama Mohd Nassuruddin pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di RTC Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu, pada Khamis.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Menurut beliau, walaupun ada pihak yang mempertikaikan usaha itu ia tetap akan dilakukan dengan sebaik mungkin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang komited dalam menyokong usaha tersebut.

"Pengarah ICU JPM (Jabatan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) beritahu, dia boleh selesaikan dalam tempoh dua bulan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada petang Khamis, Anwar mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Kelantan untuk berbincang mengenai pembangunan negeri itu.

Perjumpaan tersebut diadakan selepas Perdana Menteri meluangkan masa meninjau terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra fasa satu, yang mula beroperasi semalam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!