Cuaca panas melampau landa Hong Kong sejak 140 tahun

Penduduk Hong Kong dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar semasa musim panas baru-baru ini. Agensi
Penduduk Hong Kong dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar semasa musim panas baru-baru ini. Agensi
A
A
A

HONG KONG - Hong Kong merekodkan cuaca paling panas pada April lalu sejak jabatan meteorologi mencatatkan pada tahun 1884.

Balai cerap berkata, purata suhu hujung bulan lalu adalah 26.4 darjah Celsius yang menjadikan ia paling panas sejak rekod dicatatkan bermula 140 tahun lalu.

"Musim panas belum bermula, tetapi suhu yang direkodkan pada April adalah yang terpanas setakat ini," kata balai cerap.

Data pemerhatian menunjukkan, bandar raya subtropika China telah berdepan suhu panas melampau sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan puluhan rekod suhu tinggi yang telah dicatat sejak tahun 2019.

Pada 27 April lalu, Hong Kong menetapkan suhu harian untuk bulan April, termasuk rekod purata harian tertinggi iaitu 28.8 darjah Celsius dan suhu harian terendah sebanyak 27.7 darjah Celsius.

Difahamkan rekod paling panas pada April tahun ini berlaku selepas Hong Kong mengalami musim sejuk daripada Disember hingga Februari dan Mac yang menyaksikan suhu panas berbanding hari biasa.

Jabatan Buruh Hong Kong pada hari ini mengemas kini sistem amaran tiga peringkat untuk tekanan haba di tempat kerja.

Sistem ini mewajibkan tempoh rehat atau pergantungan kerja bergantung pada tahap suhu dan jenis kerja.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Hong Kong tidak memasukkan strok haba sebagai 'kecederaan' yang berkaitan dengan kerja walaupun terdapat laporan kematian akibat penyakit itu semasa bekerja dalam panas terik.

Sistem amaran tekanan haba yang diperkenalkan Jabatan Buruh telah dilancarkan pada tahun lepas.

Di peringkat global, saintis memberi amaran haba melampau akan menjadi lebih kerap dan terik kerana perubahan iklim yang disebabkan tangan manusia. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!