Sila log masuk terlebih dahulu.

Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab

A
A
A
BERITA SEMASA 2 MEI 2024

Selepas kontroversi mengenai status akademiknya, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Aziz.

Walau bagaimanapun, pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu mengambil langkah selamat apabila mengelak daripada mengulas isu tersebut ketika ditanya pemberita selepas Ceramah Perdana PN di Batang Kali, malam Rabu.

Beliau memberi alasan perlu ke lokasi lain walaupun had waktu berkempen dalam setiap pilihan raya setakat jam 12 tengah malam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662446/berita/politik/tular-pula-isu-hutang-calon-pn-enggan-jawab

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRKKualaKubuBaharu #PN