Sila log masuk terlebih dahulu.

Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam

A
A
A

BERITA SEMASA 2 MEI 2024

Peguam pemerhati dalam kes mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan sindrom down dikenali Bella memberitahu bahawa, remaja itu masih berada dalam keadaan trauma walaupun hampir tiga tahun kejadian itu berlalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Peguam yang dilantik Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Khairul Anwar Rahmat berkata, Bella masih terkesan dan belum boleh menerima kesakitan dialami.

Jelasnya, sebahagian daripada kecederaan yang dialami Bella telah sembuh namun dia tetap memerlukan rawatan susulan terutamanya kecederaan melibatkan kulit.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil ujian klinikal oleh pakar perubahan, Bella kini dilaporkan telah mencecah usia 17 tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662465/berita/semasa/bella-masih-trauma-dianiaya-diabai-siti-bainun---peguam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com