Sila log masuk terlebih dahulu.

Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella

A
A
A

BERITA SEMASA 2 MEI 2024

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun selaku perayu untuk mengetepikan sabitan bersalah terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya Bella yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada Februari hingga Jun 2021.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662436/berita/semasa/siti-bainun-kekal-bersalah-abai-aniaya-bella

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SitiBainun #Bella #RumahBonda #PengasasRumahBonda