Pilih calon Warisan demi masa depan lebih baik: Rina

Rina
Rina
A
A
A

KIMANIS- Pengundi wanita perlu memilih calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabtu ini demi masa hadapan lebih baik kepada golongan berkenaan.

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, wakil rakyat daripada parti pemerintah dapat menjamin kehidupan lebih baik kepada golongan itu, berbanding jika kawasan berkenaan diwakili ahli Parlimen pembangkang.

"Pilih calon daripada parti kerajaan iaitu calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang, demi untuk masa depan wanita dan anak-anak di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama jentera Srikandi PRK Kimanis di pejabat Bersatu Kimanis, Membakut, di sini hari ini.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar ​​​​​​​berkata dianggarkan 400 jentera Srikandi Bersatu ​​​​​​​digerakkan bagi membantu jentera Warisan menyantuni rakyat sepanjang tempoh kempen PRK tersebut.

"Khidmat jentera kita sudah diatur gerak sejak Disember tahun lepas, mereka pergi rumah ke rumah dan ada menyeberangi sungai bagi menyampaikan hasrat kerajaan," katanya.

PRK Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Karim dan calon Barisan Nasional, Datuk Mohamad Alamin. - Bernama

Artikel Berkaitan: