Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor

Kejadian pada jam lebih kurang 5.55 petang itu melibatkan sebuah bas, sebuah lori, dua kereta jenis Proton Wira dan Hyundai Getz, serta sebuah motosikal Honda Wave.
Kejadian pada jam lebih kurang 5.55 petang itu melibatkan sebuah bas, sebuah lori, dua kereta jenis Proton Wira dan Hyundai Getz, serta sebuah motosikal Honda Wave.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pesara tentera lelaki maut selepas sebuah lori menggelongsor ke hadapan dan melanggarnya semasa berada di luar keretanya yang rosak dalam kejadian di Jalan Seremban-Tampin pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian pada jam lebih kurang 5.55 petang itu melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah bas, sebuah lori, dua kereta jenis Proton Wira dan Hyundai Getz serta sebuah motosikal Honda Wave.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa berusia 74 tahun bersama seorang wanita dari Ampangan menghala ke Port Dickson telah mengalami kerosakan di lorong kiri.

"Kemudian datang kereta Hyundai Getz yang dipandu seorang lelaki telah melanggar belakang Proton Wira itu sebelum seorang penunggang motosikal lelaki berhenti untuk memberikan bantuan kepada kenderaan yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Seorang pesara tentera lelaki maut selepas sebuah lori menggelungsur ke hadapan dan melanggarnya di luar keretanya yang rosak dalam kejadian di Jalan Seremban-Tampin pada petang Isnin.
Seorang pesara tentera lelaki maut selepas sebuah lori menggelungsur ke hadapan dan melanggarnya di luar keretanya yang rosak dalam kejadian di Jalan Seremban-Tampin pada petang Isnin.

Menurutnya, selepas itu datang sebuah lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki bersama tiga penumpang lelaki dari arah sama telah berhenti di belakang kenderaan terlibat kemalangan untuk mengubah haluan ke lorong kanan sebelum dilanggar sebuah bas kilang.

"Bas berkenaan yang dinaiki 40 pekerja telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori mengakibatkan lori itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar pemandu Proton Wira, Hyundai Getz dan penunggang motosikal.

"Berikutan itu, pemandu Proton Wira mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Hyundai Getz dan penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan serta dihantar ke zon kuning Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Artikel Berkaitan:

"Semua penumpang kenderaan yang terlinat kemalangan pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Sudesh Kumar di talian 0164830853 atau di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 066033222 bagi membantu siasatan.