Sila log masuk terlebih dahulu.

JPNS diminta beri penjelasan kantin sekolah jual makanan tidak bersih

28 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 APRIL 2024

Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.

Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih

Muzik: Elevate dari www.bensound.com