Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja

Polis Johor sebelum ini menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya.
Polis Johor sebelum ini menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun pada 22 April lepas akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tempoh reman lelaki berusia 29 tahun itu bermula 23 April lepas tamat hari ini dan dia akan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Suspek dalam proses tindakan tahan kerja dan surat tahan kerja akan diedar selepas mendapat arahan daripada Bukit Aman.

"Tindakan tahan kerja akan dikenakan sehingga mendapat keputusan kes di mahkamah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Ahad.

Lelaki terbabit ditahan di sekitar Seri Alam, di sini pada 22 April selepas laporan polis dibuat mangsa pada hari sama kejadian dipercayai berlaku di kawasan Taman Johor Jaya, di sini.

Beliau berkata, lelaki itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: