Pendaki sesat di Gunung Keriang ditemui selamat

Pendaki yang dipercayai tersesat di Gunung Keriang ditemui selamat oleh pasukan penyelamat pada malam Rabu.
Pendaki yang dipercayai tersesat di Gunung Keriang ditemui selamat oleh pasukan penyelamat pada malam Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pendaki yang dipercayai tersesat di Gunung Keriang di sini, ditemui selamat oleh pasukan penyelamat pada malam Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar,Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pendaki berusia 20 tahun tersesat itu pada jam 6.06 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Noor Syakirah Rosli bersama lapan anggota kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, dimaklumkan lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai tersesat di sekitar gunung berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa berjaya ditemui selamat dengan bantuan anggota bomba yang melakukan pencarian di lokasi terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa didapati tidak mengalami cedera dibawa turun ke kaki gunung dengan selamat.

Menurut beliau, operasi pencarian lelaki itu ditamatkan pada jam 9.12 malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: