Kerajaan pantau projek O&G lembangan Langkasuka - Nik Nazmi

Nik Nazmi ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR pada Isnin.
Nik Nazmi ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - Kerajaan akan melaksanakan pemantauan lanjut terhadap projek penerokaan minyak dan gas (O&G) baharu di lembangan Langkasuka yang terletak kawasan utara Selat Melaka.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau difahamkan projek Petronas itu masih di peringkat eksplorasi dengan proses pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa.

"Saya percaya Petronas juga memberi perhatian terhadap perkara ini dan mereka sangat peka keperluan untuk adanya peralihan adil kepada tenaga lebih lestari," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan, badan pemantau alam sekitar Rimbawatch memberi amaran terhadap kemungkinan implikasi projek penerokaan O&G baharu Petronas di lembangan Langkasuka yang dijangka akan mengancam kepelbagaian kehidupan biologi marin pantai selain menjejaskan mata pencarian masyarkat nelayan serta pelancongan tempatan.

Dalam pada itu, Nik Nazmi menegaskan, semua projek baharu yang dikhuatiri memberi impak kepada alam sekitar akan melalui proses pemantauan bagi memastikan patuh piawaian perlindungan alam sekitar.

"Malaysia berpegang kepada Konsensus Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mencapai peralihan menyeluruh daripada bahan api fosil dalam sistem tenaga.

"Kita percaya peralihan perlu dibuat (secara) adil, malah Malaysia juga sangat bergantung kepada sumber bumi Petronas sebagai penyumbang terbesar," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!