Sila log masuk terlebih dahulu.

Muhyiddin tiada 'kedudukan moral' untuk bercakap mengenai isu negara - Fahmi

22 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 22 APRIL 2024

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, menyifatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak layak memberi kenyataan berkaitan sebarang perkembangan semasa negara, termasuk isu politik.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, mendakwa ini kerana Presiden Bersatu itu gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang menghilangkan diri untuk tampil menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah oleh SPRM.

Beliau berkata, sebagai pemimpin, Tan Sri Muhyiddin seharusnya menjadi contoh yang baik untuk mengarahkan menantu beliau balik ke Malaysia dan berdepan dengan siasatan yang telah dimulakan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #FahmiFadzil #KerajaanPerpaduan #MuhyiddinYassin