Lelaki dijel tujuh bulan kerana cabul wanita baru dikenali

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama tujuh bulan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Ahad kerana mencabul kehormatan rakan wanita baru dikenalinya.

Hukuman itu diputuskan Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh Ahmad Ridhwan Abdullah Hazam, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 25 tahun ketika kejadian dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 16 April 2022 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada jam 2 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, sewaktu kejadian, tertuduh baru pertama kali bertemu dengan mangsa setelah berkenalan menerusi aplikasi WeChat.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula tarikh ditangkap iaitu 24 Oktober 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Marlisa Marzuki. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!