Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang dikhuatiri dibaham buaya ketika keluar mencari lokan di Sungai Rayu, Jalan Selang pada Rabu lalu, di sini pada Jumaat. Foto Bernama

A
A
A

KUCHING - Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

"Kebiasaannya kita akan tunggu sehingga mangsa dapat dijumpai. Sama ada mangsa dibaham (binatang buas) atau tidak, JKM akan tetap beri bantuan kepada keluarga mangsa,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang disyaki dibaham buaya ketika keluar mencari lokan di Sungai Rayu, Jalan Selang, di sini, Rabu lepas.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Minu Khien, 76. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!