Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan

Gambar fail menunjukkan objek dipintas di langit selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel pada 14 April lalu. - Gambar REUTERS
Gambar fail menunjukkan objek dipintas di langit selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu ke arah Israel pada 14 April lalu. - Gambar REUTERS
A
A
A

ISFAHAN - Satu letupan kedengaran di barat laut bandar Isfahan di Iran, lapor agensi berita FARS yang memetik sumber tempatan.

Iranian Press TV juga melaporkan satu letupan kedengaran berhampiran pusat bandar.

Bagaimanapun, punca letupan ini masih belum diketahui. Ketika ini beberapa pesawat komersial mengubah laluan penerbangan susulan penutupan beberapa ruang udara Iran.

Stesen televisyen Iran memaklumkan pada sekitar 1230 AM GMT, sistem pertahanan udaranya berjaya memusnahkan tiga dron yang dilihat di langit Isfahan.

Sistem pertahanan udara Iran telah diaktifkan di beberapa wilayah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap potensi ancaman udara, menurut laporan terbaharu dari agensi berita negara, IRNA.

“Berikutan pengaktifan pertahanan udara di beberapa bahagian negara untuk menangani beberapa kemungkinan sasaran, laporan menunjukkan tiada serangan atau letupan berskala besar yang disebabkan oleh sebarang ancaman udara telah dilaporkan setakat ini,” kata IRNA awal Jumaat waktu tempatan.

Pemeriksaan menyeluruh di Isfahan, wilayah tengah yang menempatkan kemudahan nuklear, menunjukkan bahawa semua fasiliti ketenteraan dan keselamatan sensitif kekal selamat, tanpa sebarang insiden dilaporkan.

IRNA menambah bahawa tiada pengaktifan sistem pertahanan peluru berpandu dilaporkan.

Artikel Berkaitan:

Semenentara itu, Israel dilapor telah memberitahu Amerika Syarikat (AS) pada Khamis bahawa ia akan bertindak balas terhadap Iran dalam beberapa lagi.

Namun, menurut seorang pegawai kanan AS yang tidak dinamakan, negara Uncle Sam itu bagaimanapun tidak menyokong langkah tersebut, lapor CNN.

Serangan pada Jumaat berlaku hanya beberapa jam selepas Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian memberitahu CNN bahawa Iran akan lakukan tindak balas segera dan pada tahap maksimum jika Israel mengambil tindakan ketenteraan lanjut terhadapnya. - Agensi/Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!