Sila log masuk terlebih dahulu.

Pas akan teliti draf MoU peruntukan ahli Parlimen pembangkang

18 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 18 APRIL 2024

Pas menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan yang pada dasarnya sudah bersetuju mempertimbangkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneliti Memorandum Persefahaman (MoU) yang dikatakan akan diberikan kepada ahli Parlimen terbabit.

Datuk Tuan Ibrahim juga berharap keputusan berkenaan akan mengembalikan fungsi semak dan imbang pembangkang yang lebih efektif untuk membangunkan negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/660139/berita/politik/pas-akan-teliti-draf-mou-peruntukan-ahli-parlimen-pembangkang

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PeruntukanPembangkang