Sila log masuk terlebih dahulu.

'Ini bukan wang PH', Azmin persoal kerajaan ambil masa panjang

17 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 17 APRIL 2024

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan tindakan Kerajaan Perpaduan yang mengambil masa terlalu panjang untuk menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Datuk Seri Mohamed Azmin berkata, semasa menjadi Menteri Besar Selangor, beliau telah memperkenalkan dasar memberikan peruntukan kepada pembangkang.

Katanya, ia bukan wang Pakatan Harapan (PH), namun itu adalah wang pembayar cukai dikutip oleh kerajaan yang harus diuruskan dengan bertanggungjawab melalui ahli-ahli Parlimen dipilih rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan isu pengagihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659969/berita/politik/ini-bukan-wang-ph-azmin-persoal-kerajaan-ambil-masa-panjang

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Peruntukan #Pembangkang