Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk dakwa siren amaran banjir tidak bunyi

17 April 2024 | VIDEO
A
A
A

BERITA SEMASA 17 APRIL 2024

Penduduk di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka, mendakwa siren amaran banjir tidak berbunyi ketika air sungai melimpah dan menyebabkan penduduk kelam kabut sebaik menyedari kediaman dinaiki air, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Mangsa banjir, Zai Zali Abd Karim yang tinggal empat beranak termasuk anaknya berusia setahun lima bulan kesal kerana masalah siren bukan baharu berlaku dan sebelum ini pernah mengalami kerosakan.

Menurutnya, seharusnya pihak berkaitan memantau keadaan siren amaran agar dapat diaktifkan sekiranya paras air sungai mula naik bagi memudahkan penduduk bersiap-siaga dan berpindah ke tempat lebih selamat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659912/edisi/melaka-ns/penduduk-

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #AlorGajah