Sila log masuk terlebih dahulu.

Jumlah mangsa banjir dijangka bertambah jika cuaca buruk

17 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 17 APRIL 2024

Jumlah mangsa banjir di sekitar Sungai Buloh dijangka bertambah jika keadaan hujan berterusan melanda beberapa kawasan kampung di parlimen berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian Mohd Azlim Zainury.

Pegawai Daerah Petaling, Rahilah Rahmat berkata, sehingga jam 8 pagi terdapat 77 keluarga melibatkan 334 mangsa banjir dari tiga kampung dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Jelasnya, beliau menjangkakan akan ada lagi mangsa berpindah masuk ke PPS bergantung kepada keadaan cuaca dan ketika ini keadaan cuaca masih lagi hujan namun tidak selebat malam semalam.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com