Sila log masuk terlebih dahulu.

Klinik Kasut pembuka rezeki Zainuddin

16 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 APRIL 2024

Seorang lelaki dari Kampung Tanggol, Kuala Berang di Terengganu memutuskan untuk membuka kedai membaiki kasut dinamakan 'Klinik Kasut' kerana tiada pilihan kerja lain selepas pulang ke kampung halaman untuk menjaga ibunya yang sakit, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Zainuddin Ibrahim, 43 berkata, dia pulang ke Terengganu pada 2012 selepas 10 tahun bekerja di Perak demi menjaga ibunya, Mariam Emas, 70an yang mengalami komplikasi penyakit dan telah meninggal dunia pada 2013.

Menurutnya, sepanjang berada di kampung, dia telah melakukan beberapa pekerjaan namun belum menemui punca pendapatan tetap sehingga membuka kedai membaiki kasut pada 2020.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com