SKMM panggil Che'gubard, Salim Iskandar dan Papagomo

Dari kiri: Che'gubard, Salim Iskandar dan Papagomo.
Dari kiri: Che'gubard, Salim Iskandar dan Papagomo.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin (Che'gubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, rakaman percakapan untuk Che'gubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, Selangor manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

Kenyataan media SKMM.
Kenyataan media SKMM.

“Tindakan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” menurut kenyataan berkenaan pada Selasa.

SKMM turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28