Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama

Maklumat akaun TikTok, individu yang memuat naik rakaman lama di laman sosial berkenaan.
Maklumat akaun TikTok, individu yang memuat naik rakaman lama di laman sosial berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.

Menurutnya, rakaman berdurasi 1 minit 49 saat itu sengaja diulang siar kerana mahu menimbulkan rasa marah.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesan suspek untuk diambil tindakan.

“Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled (disiar semula) untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Selasa.

Sebelum ini, seorang pengguna media sosial di X, @PejuangPH, memuat naik tangkap layar yang memaparkan maklumat akaun @janggut.putih kerana didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“@FadhlinaSiddiq, @fahmi_fadzil sediakan surat saman,” tulisnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: