Tiga jam redah kesesakan tak halang khidmat trak tunda percuma

Skuad Perantau puas dapat membantu perantau yang memerlukan bantuan khidmat trak tunda.
Skuad Perantau puas dapat membantu perantau yang memerlukan bantuan khidmat trak tunda.
A
A
A

KUALA KRAI - Meredah kesesakan lalu lintas selama tiga jam dari Kuala Krai ke Kota Bharu tidak menghalang Skuad Perantau di sini daripada melakukan kerja amal dengan menawarkan trak tunda percuma kepada anak perantau yang pulang berhari raya di Kelantan.

Wakilnya, Muhammad Afnan Hilmi Kamaluddin, 25, berkata, perkhidmatan percuma yang diberikan selama dua hari semasa sambutan Aidilfitri itu sangat mencabar disebabkan oleh pergerakan kenderaan perlahan selain jumlah meningkat berkali ganda berbanding hari biasa.

Perkhidmatan percuma yang diberikan selama dua hari semasa sambutan Aidilfitri sangat mencabar disebabkan oleh pergerakan kenderaan perlahan selain jumlah meningkat berkali ganda berbanding hari biasa.

"Bayangkan untuk sebuah kereta kami perlu hadap tiga jam kesesakan lalu lintas dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

"Dengan cuaca panas dan beberapa rintangan lain lagi. Namun kami puas dapat membantu perantau yang memerlukan bantuan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, paling terkesan apabila ramai perantau yang pulang beraya menaiki kenderaan yang uzur dan lama sehingga mereka berdepan dengan pelbagai masalah.

Meredah kesesakan lalu lintas selama tiga jam dari Kuala Krai ke Kota Bharu tidak menghalang Skuad Perantau menawarkan trak tunda percuma kepada anak perantau yang pulang berhari raya di Kelantan.
Meredah kesesakan lalu lintas selama tiga jam dari Kuala Krai ke Kota Bharu tidak menghalang Skuad Perantau menawarkan trak tunda percuma kepada anak perantau yang pulang berhari raya di Kelantan.

Ujarnya, disebabkan semangat ingin pulang beraya di kampung halaman mereka gigihkan jua menaiki kenderaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Afnan Hilmi memberitahu, walaupun hanya dua hari perkhidmatan percuma itu ditawarkan, namun mereka tidak menang tangan serta menerima panggilan telefon tidak henti.

"Sepanjang tempoh itu, saya menerima 10 kes melibatkan kereta rosak yang perlu dibantu. Melihat kegembiraan di wajah perantau, saya dan rakan-rakan yang lain puas dapat membantu walaupun serba kekurangan.

"Kami merancang untuk melakukannya lagi di masa akan datang," katanya.

Skuad Perantau melakukan kerja amal dengan menawarkan trak tunda percuma kepada anak perantau yang pulang berhari raya di Kelantan.
Skuad Perantau melakukan kerja amal dengan menawarkan trak tunda percuma kepada anak perantau yang pulang berhari raya di Kelantan.

Sinar Harian pada 29 Mac lalu melaporkan sekumpulan anak muda dari Skuad Perantau menawarkan trak tunda percuma kepada anak perantau yang pulang berhari raya di Kelantan.

Perkhidmatan percuma tersebut akan diberikan selama dua hari sehingga ke pagi raya melibatkan sembilan buah trak tunda bermula dari Kuala Krai ke Kota Bharu.

Pengerusi Skuad Perantau, Mohd Zafran Yasoa, 43, berkata, idea itu terhasil apabila melihat keperitan anak-anak perantau yang ingin pulang beraya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!