Konflik Iran-Israel: UNSC dijangka adakan mesyuarat tergempar

Difahamkan mesyuarat itu akan diadakan adalah pada jam 4 petang waktu tempatan. Foto Reuters
Difahamkan mesyuarat itu akan diadakan adalah pada jam 4 petang waktu tempatan. Foto Reuters
A
A
A

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhasrat untuk mengadakan mesyuarat pada Ahad.

Perkara itu disahkan seorang diplomat selepas Israel meminta UNSC mengutuk serangan Iran ke atas Israel dan menamakan Kor Pengawal Revolusi Iran sebagai organisasi pengganas.

Difahamkan, masa tentatif mesyuarat itu akan diadakan adalah pada jam 4 petang waktu tempatan.

Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gilad Erdan, meminta majlis mengadakan mesyuarat tergempar dalam surat kepada presiden majlis itu.

"Serangan Iran adalah ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan global dan saya mengharapkan Majlis menggunakan segala cara untuk mengambil tindakan konkrit terhadap Iran," tulis Erdan dalam catatan di X.

Iran melancarkan segerombolan dron bahan letupan dan menembak peluru berpandu ke arah Israel lewat Sabtu dalam serangan langsung pertamanya ke atas wilayah Israel. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: