'DAP berpeluang pertahan Kuala Kubu Baharu'

Mujibu Abd Muis
Mujibu Abd Muis
A
A
A

SHAH ALAM - Penganalisis politik menyifatkan DAP masih berpeluang untuk mempertahankan kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Penganalisis terbabit, Mujibu Abd Muis berkata, pandangan itu berdasarkan ratio demografi pengundi Melayu dan bukan Melayu di kawasan berkenaan yang memihak kepada bukan Melayu.

Beliau bagaimanapun berkata, masih terdapat beberapa senario yang akan menyebabkan kelebihan yang ada pada DAP bertukar menjadi kelebihan Perikatan Nasional (PN) pada PRK tersebut.

Ujarnya, antaranya ialah jika undi Melayu solid diberikan kepada PN dan undi bukan Melayu pula terpecah terutama dalam kalangan pengundi berbangsa India di kawasan DUN Kuala Kubu Baharu.

"Faktor kedua ialah peratusan keluar mengundi adalah kurang terutamanya dalam kalangan pengundi berbangsa Cina pada PRK Kuala Kubu Baharu.

"Faktor ketiga pula ialah siapa yang menjadi calon kepada parti masing-masinh dan faktor ini mungkin menjadi angkubah penting dalam menentukan siapa bakal menang di Kuala Kubu Baharu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam pada itu, ujar Majibu, isu 3R iaitu isu kaum, agama dan institusi diraja akan menjadi latar belakang kempen PN namun ia juga tidak memberi kelebihan kepada PN.

"Ink kerana sentimen semasa dilihat memberi kesan balas dalam kalangan bukan Melayu terutama orang Cina walaupun ia memberi impak kepada pengundi Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Paling penting mungkin 18 peratus pengundi India yang barangkali melihat kurangnya wakil mereka dalam kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disamping isu-isu penting mereka menjadi isu utama di sini (Kuala Kubu Baharu)," katanya.

Namun begitu, ujar Majibu, sekiranya PN meletak calon Melayu yang mampu untuk mendapat undi penuh pengundi Melayu dan menarik undi pengundi India maka PN juga berpeluang di Kuala Kubu Baharu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28