Maguire seorang pemimpin hebat - Ten Hag

Maguire sandaran mengetuai bahagian pertahanan United yang kini dilanda krisis kecederaan. Foto AFP
Maguire sandaran mengetuai bahagian pertahanan United yang kini dilanda krisis kecederaan. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menegaskan Harry Maguire, yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab penghujung musim lalu, kini menjadi watak penting The Red Devils.

“Kami sentiasa gembira dengan Harry apabila beliau mahu bermain.

"Beliau seorang pemimpin hebat, pertahanan sangat baik dan mahir menguasai bola.

“Apabila saya mengira semua kebolehan itu ketika kami berdepan masalah kecederaan bahagian pertahanan, dia tampil menjadi watak penting mengetuai bahagian itu.

"Kami sangat gembira beliau berada di sana dan kami memerlukannya untuk mendapatkan keputusan dan mencapai sasaran kami," kata Ten Hag.

Sebelum itu, ketiadaan tonggak pertahanan utama memberi kesan negatif kepada musim United, ketika status enam pemain The Red Devils masih samar.

Raphael Varane dan Jonny Evans senarai terkini dalam senarai panjang kecederaan apabila kedua-dua pemain itu menyertai bek tengah Lisandro Martinez dan Victor Lindelof serta bek kiri Luke Shaw dan Tyrell Malacia.

United, keenam dalam kedudukan liga dengan 49 mata, akan ke Bournemouth awal pagi Ahad, ketinggalan 11 mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga keempat dengan baki tujuh perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Lebih memburukkan keadaan, penyerang Marcus Rashford dan pemain tengah Scott McTominay diragui untuk berdepan Bournemouth, yang berada di tangga ke-12.

"Scott, saya tidak fikir begitu. "Kami mempunyai latihan, jadi kami mempunyai satu hari, dia akan menolak. Dia sangat berminat untuk menjadi sebahagian daripadanya, tetapi ada persoalan.

"Rashy berlatih semalam dan kita akan lihat bagaimana dia pulih daripadanya hari ini. "Terdapat satu lagi latihan hari ini dan kemudian kita akan membuat keputusan," kata Ten Hag.

Sebagai rekod, United dikejutkan Bournemouth kendalian Andoni Iraola 0-3 dalam aksi pada Disember lalu.


LIGA PERDANA INGGERIS

Jadual Perlawanan

SABTU (13 APRIL)

Newcastle United lwn Tottenham Hotspur, 7.30 malam

Brentford lwn Sheffield United, 10 malam

Manchester City lwn Luton Town, 10 malam

Nottingham Forest lwn Wolverhampton, 10 malam

Burnley lwn Brighton, 10 malam

AHAD (14 APRIL)

Bournemouth lwn Manchester United, 12.30 malam

Liverpool lwn Crystal Palace, 9 malam

West Ham United lwn Fulham, 9 malam

Arsenal lwn Aston Villa, 11.30 malam

SELASA (16 APRIL)

Chelsea lwn Everton, 3 pagi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28