Anwar solat Jumaat, hadir jamuan Aidilfitri bersama warga Batang Kali

Anwar beramah mesra bersama para tetamu ketika beliau menghadiri Jamuan Hari Raya dan Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar beramah mesra bersama para tetamu ketika beliau menghadiri Jamuan Hari Raya dan Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

HULU SELANGOR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Bandar Utama Batang Kali di sini.

Beliau yang tiba di masjid itu pada 12.24 tengah hari, disambut bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah serta pengurusan masjid dan jemaah yang hadir.

Anwar ketika menghadiri Jamuan Hari Raya dan Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar ketika menghadiri Jamuan Hari Raya dan Solat Jumaat Bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada Jumaat. Foto Bernama

Anwar bersama hampir 500 jemaah lain turut mendengar khutbah bertajuk 'Bagaimana Kita Menyambut Syawal?' bersempena dengan Aidilfitri, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Terdahulu, Anwar turut makan tengah hari bersama rakyat setempat dan meluangkan masa beramah mesra dengan pengurusan masjid serta jemaah pada jamuan hari raya yang diadakan di pekarangan masjid itu.

Anwar beramah mesra bersama tetamu yang hadir solat Jumaat dan jamuan hari raya di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada Jumaat.
Anwar beramah mesra bersama tetamu yang hadir solat Jumaat dan jamuan hari raya di Masjid Bandar Utama Batang Kali pada Jumaat.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan.

Jamuan itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu pelbagai kaum yang berpakaian berwarna-warni, sekali gus memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!