Sila log masuk terlebih dahulu.

Konvensyen Khas PKR 25 tahun fokus masa depan parti

07 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 7 APRIL 2024

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, konvensyen khas sempena ulang tahun ke-25 PKR yang akan diadakan pada 21 April itu akan memberi tumpuan kepada hala tuju parti selain meraikan pencapaian sepanjang penubuhan.

Menurutnya, turut dibincang adalah perancangan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.

Nik Nazmi berkata demikian dalam pertemuan dengan Sinar Harian pada Rabu.

Muzik: www.Bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #NikNazmi