Sila log masuk terlebih dahulu.

Agenda reformasi PMX indah khabar dari rupa?

07 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 7 APRIL 2024

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak bersetuju dengan kenyataan reformasi sudah berkubur kerana banyak perubahan telah dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil memberi contoh, beliau berkata, Malaysia sudah ada kebebasan bersuara apabila pihak media, pembangkang atau sesiapa sahaja boleh mengkritik dan memberi pandangan tanpa sekatan.

Tambahnya, banyak keputusan sukar juga terpaksa dibuat Anwar namun dalam kerajaan perpaduan, apa yang penting ialah persetujuan bersama dan perlu memenuhi kehendak rakyat.

Nik Nazmi berkata demikian dalam pertemuan dengan Sinar Harian pada Rabu.

Muzik: www.Bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #NikNazmi