Gempa bumi Taiwan: 6 pelombong terperangkap diselamatkan

Batu-batu yang jatuh di hadapan terowong Chongte selepas gempa bumi melanda Hualien. Foto AFP
Batu-batu yang jatuh di hadapan terowong Chongte selepas gempa bumi melanda Hualien. Foto AFP
A
A
A

TAIPEI - Seramai enam pelombong di Taiwan berjaya diselamatkan pada Khamis selepas terperangkap berikutan gempa bumi kuat yang menggegarkan negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut pihak berkuasa, kumpulan lelaki itu dibawa keluar dari kawasan bencana dengan helikopter manakala 64 lagi pekerja masih terperangkap di kuari lain.

Pasukan tentera telah menerbangkan lebih 400 kilogram bantuan kepada mereka dengan helikopter.

Gempa bumi itu setakat ini menyebabkan 1,050 penduduk cedera dan kira-kira 50 orang hilang.

Kira-kira 100 orang masih terperangkap dalam terowong jalan raya tetapi pihak berkuasa percaya mereka tidak berada dalam bahaya.

Pihak berkuasa berkata, usaha mencari mangsa yang terperangkap dan hilang tertumpu di kawasan sekitar bandar Hualien.

Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.2 melanda pantai timur negara itu pada pagi Rabu menyebabkan kerosakan teruk dengan sembilan kematian disahkan setakat ini.

Sementara itu, sebanyak 314 gempa susulan dicatatkan pihak berkuasa setakat pagi Khamis. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!