Krisis PKR Sabah dalam perhatian PM - Nik Nazmi

Nik Nazmi - Foto: Bernama
Nik Nazmi - Foto: Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Krisis dalaman kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berada dalam perhatian pimpinan parti berkenaan termasuk Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika ditemui memaklumkan, keadaan di Sabah masih terkawal namun sebarang keputusan pihak pimpinan akan dimaklumkan kemudian.

“Presiden dalam tempoh membuat rombakan pimpinan negeri dan kita telah selesai di enam negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.

“Selanjutnya (rombakan pimpinan) di negeri-negeri akan dimaklumkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Ops Gempur Raya 2024 di sekitar Shah Alam di sini pada Khamis.

Sebelum ini, PKR Sabah didakwa bergolak apabila 15 ketua cabang PKR menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan sebulat suara menolak kepimpinan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Sangkar Rasam.

Antara Ketua Cabang dilaporkan menandatangani SD tersebut adalah Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Pensiangan, Sipitang, Beaufort, Beluran, Kinabatangan, Papar, Kimanis, Kalabakan, Batu Sapi dan Semporna.

Sangkar ketika dirujuk mengenai perkara itu bagaimanapun menolak wujudnya kemelut dalaman tersebut dan menganggapnya hanya krisis keluarga yang boleh diselesaikan secara bersama.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: