Sila log masuk terlebih dahulu.

Air asam tapak kaki lembu menu 'rare' bulan puasa

04 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 4 APRIL 2024

Menu air asam tapak kaki lembu yang hanya muncul semasa bulan Ramadan, membuatkan peniaga makanan tersebut, Mat Rosmadi Mohamad, 47, di Batu 11, Ketereh, Kota Bharu tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Situasi itu menyebabkan Mat Rosmadi atau Pok Die terpaksa mengehadkan tempahan bagi memastikan kualiti masakan tersebut terjaga.

Bekas tukang masak di atas kapal itu berkata, proses untuk memasak air asam tapak kaki lembu sangat rumit dan mengambil masa sehingga tiga jam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/658098/edisi/kelantan/air-asam-tapak-kaki-lembu-menu-rare-bulan-puasa

Muzik: Bensound