Jenazah Jaafar Onn tiba di Muar

Jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya di di Batu Tiga, Kampung Tanjung Gading Muar, pada jam 5 petang.
Jenazah Allahyarham tiba di rumah keluarganya di di Batu Tiga, Kampung Tanjung Gading Muar, pada jam 5 petang.
A
A
A

MUAR - Jenazah seniman serba boleh, Jaafar Onn atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang,73, tiba di kediaman keluarganya di Batu Tiga, Kampung Tanjung Gading Muar, di sini, pada jam 5 petang Rabu.

Jenazah dibawa dari Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada jam 3.15 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) milik pengurusan jenazah Fastabiqul Qhairat.

Lebih 50 saudara mara dan jiran tetangga hadir di kediaman Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Jenazah disembahyangkan di kediaman keluarganya di Batu Tiga, Kampung Tanjung Gading Muar, pada petang Rabu.
Jenazah disembahyangkan di kediaman keluarganya di Batu Tiga, Kampung Tanjung Gading Muar, pada petang Rabu.

Jenazah turut disembahyangkan di kediaman keluarganya sebelum diuruskan dan disolatkan sekali lagi di Masjid Jamek Al- Firdausi Tanjung Gading selepas solat Maghrib.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 pagi ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenan

Berita duka itu dikongsikan anak saudara Allahyarham, Fahmi Aziz menerusi akaun Facebooknya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: