Sila log masuk terlebih dahulu.

Pesawah tuntut kerajaan naik harga padi, pemutuan potongan rendah

03 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 3 APRIL 2024

Kira-kira 800 pesawah di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang, Kuala Selangor menuntut kerajaan menaikkan harga lantai padi daripada RM1,350 kepada RM1,600 setiap tan metrik, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Selain itu, mereka turut mendesak kerajaan menetapkan pemutuan potongan padi 17 peratus berbanding 20 peratus ketika ini.

Seorang pesawah, Arbany Katimin, berkata, dua tuntutan itu diharap dipandang serius kerajaan bagi membela nasib golongan itu berikutan pendapatan mereka terjejas teruk pada musim penanaman kali ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657931/edisi/selangor-kl/pesawah-tuntut-kerajaan-naik-harga-padi-pemutuan-potongan-rendah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Pesawah