Sila log masuk terlebih dahulu.

Pengerusi Spanco tidak mengaku perdaya MOF

03 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 3 APRIL 2024

Taikun yang membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Tan Sri Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Rabu, atas satu pertuduhan memperdayakan jawatankuasa pembuka peti tender sehingga mendorong Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menganugerahkan kontrak bernilai RM3.9 billion kepada syarikatnya, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Pengerusi Spanco Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Robert Tan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657932/berita/semasa/robert-tan-didakwa-perdaya-mof-anugerahkan-kontrak-rm39-bilion-kepada-spanco

Muzik: Elevate dari www.bensound.com